Hai gais, Assalamualaikum w.b.t :) so harap semua pembaca-pembaca dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. Okayyyy sebenarnya ni post pertama ai lah kan setelah lama ai tak kembali aktif semula dalam berblogging. Allahu, last stop berblog time umur 14 tahun maybe so now ai dah 19 tahun alreadyyy yeayyy dah besar ! hehehe. Lama kan ai tinggalkan zaman blog ai? Blog yang lama-lama tu pun dah banyak dah ai delete. Teringat pulak dulu gigih gila edit blog guna blogskins sebab nak nampak lawa, edit sini lah edit sana Allahu haha (gelak sensorang) teringat balik zaman kejatuhan dulu :D lelagi haritu boleh terdetik nak search nama sendiri dekat google sekali terjumpa satu blog yang tu paling lama lah kiranya time ai 13 tahun, bila baca balik hahahaha kelakar penuh ayat alien. Terasa malu dengan diri sendiri masetu ><
Okay now, tetiba rasa nak create blog balik ni sebenarnya minat tu je... Kalau dah minat, delete ke ape ke jatuh bangun balik pun tetap jugak minat nak cot cet cot cet kat blog. Tabiat suka nak mencoret sendiri tu still ada sampai sekarang tu sebab lah terlintas nak create blog balik. Disebabkan masa je sebenarnya yang jadi terhalang, so alhamdulillah dengan menculik sedikit masa yang berharga ni kan, ai pun cipta lah blog baru ai ni.
Wahhh, banyak nak cerita ni tau sebenarnya sebab lama sangat menghilang. Almost 5 years right. So taktahu nak mula cerita apa dulu ni huhuhuh. Ohye, cerita tentang ai tengah study lah sekarang ni kan... menuju ke menara gading.
Sekarang ni ai belajar kat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kenal kan kan? kikiki alaa biasa biasa je tempat belajar kita janji niat nak belajar tu betul. Ops. So sekarang ni tengah struggle nak habiskan diploma dalam kos Komunikasi senang cerita ai ambik kos Diploma Komunikasi. Ye ye ai tahu, soalan pertama dari mulut orang mesti akan cakap "wahh nak jadi wartawan lah ni kan." "wahhh buat berita lah kan." apa apa lah em haah kos ai memang dipenuhi belajar macamtu. Tapi ai tak minat mana pun kalau dah habis belajar nanti nak jadi wartawan, setakat ada rezeki dapat kerja dalam office jadi editor ke ape ke tu pun dah okay. InsyaaAllah doakan saya ya. Sekarang ni dah masuk sem 4 so lagi satu sem nak habis belajar and lagi satu sem ai dah nak praktikal, ya Allah tak sangka pejam celik pejam celik kan ai dah nak sampai ke penghujung untuk nak rangkul segulung sijil diploma. Alhamdulillah terima kasih Ya Rabb..
So dah tahu kenapa ai dah lama menghilangkan diri wahai teman-teman seblog saya? huhuhu sebab saya busy belajar sekarang ni hahahaha tengah berjihad di jalan Allah untuk nak cari ilmu. Doakan saya semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan saya dan juga anda-anda semua. Doakan saya sihat jugak ye? Sebab sekarang ni saya didatangi ujian sakit dari Allah Taala :) Okay yang tu kemudian ye saya cerita? Selamat menjalani cuti dengan baik semuaaa! bye dan Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment