Tuesday, December 19, 2017

Nak dijadikan cerita...

Hai gais Assalamualaikum, tday tangan rasa gatal-gatal sangat nak ngepost cerita baru. Oh haritu ai ada sentuh pasal kesihatan ai right? Okayyy so now nak cerita ni hihi. 

Okay, sebenarnya ai baru je lepas keluar dari wad minggu lepas. Bermalam di Hospital Serdang selama 3 hari 2 malam cehhh huhuhu. Nak dijadikan cerita okay ai cerita lah dari A to Z. Pada awalnya, ai selalu diserang sakit kepala. Kalau datang sakit kat kepala tu, subhanaAllah rasa macam nak pecah. Rasa sakit ni sebenarnya dari 2 tahun lepas lagi sebenarnya. Since ai dari form 5. Kadang kadang sampai ganggu waktu persekolahan. Dulu ai ni gadis berspek sebab rabun silau. Kuat. Then dulu fikir kalau sakit kepala ni mungkin sebab rabun. Okay tu je. Then ai pun sambung belajar kat bangi ni alhamdulillah sem 1 ai takde ape problem sakit. Ai aktif gila dulu. Kalau otw nak balik kelas dengan geng pun ai lah paling hyeraktif then ai suka g sini g sana jumpa lecturer ape semualah. Ai memang orang akan kenal jenis yang cergas sehingga lah sem 2. Naik sem 3 ai jadi kurang aktif sebab always jatuh sakit. Sampai kehadiran kelas pun dah terganggu. Naik sem 3 ni lah segala simptom simptom "penyakit" ai ni kan makin lama makin terserlah hahaha. 

Okay nak tahu simptom dia ape? ai dah start rasa nak pengsan. Always. Kadang-kadang pernah pengsan (tapi ai takde tetiba sawan tau) hahaha sebab ai pengsan biasa je dia sebab rasa nak pengsan sebab ai nampak pandangan ai kabur, samar-samar then pandangan gelap. If ai ikutkan sangat rasa tu memang ai akan pengsan. Okay tu simptom pertama. Yang kedua, kepala sakit. Pening pening bukan sebab pening pening biasa tau dia pening pening macam baru lepas menari hindustan gitu. Haaa lepas kita menari pusing pusing tu kan rasa nak tumbang kan? macamtulah rasanya. Kadang sampai takboleh nak gerak dari katil. Kena stay sebab taknak bagi gerak kepala. Sakit. Masetu dah rasa tau sebenarnya macam ada kurang something kat kepala. Tapi sebenarnya masetu dah rasa sebenarnya darah makin kurang sebab tengok kaki tangan muka semua dah berubah warna. Jadi pucat! hahaha

Naik je sem 4 awal awal tu alhamdulillah rasa macam dah sihat dan kalau boleh memang nak sihat. Sebab nak jadi macam orang lain. Nak belajar. Nak g kelas macam biasa. Semualah. Sekali naik je minggu ke dua, jumpa dengan ex housemate dia tegur "Una, kenapa muka lesu dan pucat." perasaan dalam hati tu ya Allah... aku dah sihat kan? Jadi ai pun tegakkan keadaan ai kata ai dah tacap bedak berinci inci dah pun hahaha. Sekali mulalah hari sabtu 2 hb 12 2017 sakit ai datang balik. Ni dia datang lepas ai bangun pagi. Tapi ai takboleh nak bangun dari katil sebab sakit kepala pusing-pusing. Ai takboleh bukak mata sebab lagi bukak lagi nampak suasana pusing pusing. Padang doh (bahasa tranung keluar) hahaha masetu rasa macam kenapa aku ni so ambik keputusan rehat je atas kati. Kawan roommate belikan makanan apesemu pastu alhamdulillah sakit ai makin kurang. So esokkannya pulak sama. Dah macam hadap morning sickness je sebab tiap pagi dia rasa kepala sakit. Then masetu nak bangun sebab nak pergi tandas. Ai bangun mengejut tetiba pukkk ai collapse. Allahu dah tak tahan ai pun ajak kawan bawakkan pergi klinik berdekatan. 

Nak dijadikan cerita lagi lah kan masyaaAllah ai pun pergilah klinik yang ini. Okay ai gelarkan klinik ni klinik A ai pun nak jumpa doktor sebab banyak kali nak collapse, duk cerita itu ini kat doktor, doktor pun check darah. "saya tengok hb awak ni okay je. Kenapa awak rasa awak nak pengsan selalu?" "Mata pun okay. Lidah. denyutan jantung." Awak nak kata awa kenapa sebenarnya? Allahu Akbar, ni doktor ke ni orang gila ni? ade ke dia tanya kita balik. Kita yang dah rasa nak pengsan selalu, kawan kawan dah tegur muka pucat mata kuning dia kata kita okay. Lol nyaa doktor ni. Dia pun kata dia nak buat surat refer ke hospital untuk nak rujuk lagi dalam masalah ai agaknya masetu ai buat muka tak puas hati pandang dia sebab check pesakit acuh tak acuh. Senang cite macam makan gaji butalah haaa eh ternaik angin pulak. Yang paling takboleh blah dia bagi ai ubat pening. Tu je. Dia ingat ai ni sakit kepala gitu-gitu je ke ape. Dugaan betul. 

Ai pun tak puas hati ai mintak kawan bawakkan pergi klinik lain. Nak tahu respon doktor lain macam mana. Ai pun jumpalah satu klinik ni.. Klinik B (ni gelaran ai bagi je tau) hehehehe. Doktor pun panggil masuk dia tanya sekian sekian and check darah. Nak tahu doktor kata apa? "Ishh hb awak rendah ni." ambikkkk. Terserlah dah doktor tadi tu memang gila mentel tak waras eh semualah. Haaaa eee hahaha. Doktor yang klinik b ni sampai check darah ai nak dekat 3 kali tapi hb tetap rendah. Nak tahu hb berapa? 8.1 rendah! tak normal. Doktor check nadi. Nadi ai laju. Tak macam orang normal. Doktor terpaksa ambik darah ai. Dah ambik terus dapat result doktor pun bagitahu yang ai ada penyakit "Megabolastic Anemia." Finally ai dah jumpa jawapan segala permasalahan ai. Megabolastic anemia tu sejenis penyakit yang kekurangan jumlah sel darah merah dalam darah. Patutlah ai akan diserang nak pitam, jantung debar-debar, sesak nafas, muka tangan kaki pucat dan mata kuning sebab tu semua simptom penyakit Anemia. Ai pun takboleh cepat penat. Doktor bagitahu penyebab ai kurang darah sebab ai kurang vitamin b12. Sebabbb ai tak makan sayurrrr yeayy Ya Allah hahaha :'D 

So doktor klinik b ni buat surat untuk ai supaya ai kena refer pergi hospital. Ai pun pergi keesokannya iaitu hari isnin 5 hb 12 . Ai pergi tu dah macam lewat sikit sebab dah nak tengahari campur dengan cuaca panas ai lagi rasa nak collapse. Ai pergi kecemasan ai bagi surat refer ai kata kat orang kuanter pendaftaran yang ai dah nak collapse dia terus hantar ai masuk dalam yellow zone. Zon Separa Kritikal. Ai masuk dalam tu mengucap banyak kali sebab depan mata nampak orang terlantar accident lah apelah gerun sangat dengan suasana kalut riuh lagi buat ai rasa nak pitam. Ada doktor tanya, dialah yang uruskan pasal ai apesemua so ai kena baring di atas katil yang disediakan untuk proses masuk air. Ai dah debar dah. Dalam hati taknak taknak. Taknak kena tahan wad. Ai tunggu nak dekat berjam jam sampai dah petang masih belum ada pengesahan apa-apa dari doktor. Mungkin doktor tengah usaha nak cari punca. Nak dekat maghrib tu ai kena transfer ke dewan bersalin ya Allah kenapa pulak ni ai belum kawin kenapa ni macam macam fikir masetu. FYI, ai urus sendiri je hal hospital ni dengan kawan-kawan and sepupu. Parents ai? Jauhhhhh t.t kat Melaka sana. So alhamduillah Allah kurniakan sahabat yang ada tika keadaan macamni. 

Okay sambung, ai kena transfer ke Dewan Bersalin tu sebab doktor takut ai ada problem dalam rahim. Yela takut jugak mana tahu ai ada bleeding ke ape ke sebab nak carik punca mana darah tu hilang. Masuk situ memang orang akan automatik panggil "Puan Husna." "Tengah pregnant ke?" Yessss, ni soalan yang ai dapat time ai masuk dalam dewan bersalin tu tau huhuhuhu . Merengek bagitahu yang ai ni baru umur 19 tahun. Muda jettik lagi weh. Itu orang pelik sebab biasa wanita akan hilang darah ketika dia mengandung je sebab baby sedut. Ni ai baru 19 tahun. Tapi tu pun normal sebenarnya. Dalam 90% wanita muda yang mengalami penyakit anemia macamni. Jadi tak pelik lah sangat kan hehehehe. Tapi kadang kadang dia akan terjadi disebabkan genetik (keturunan) iaitu dipanggil Thalasemia. Tapi ni bukaan sebab genetik sebab ai sorang yang ada problem macamni so kira ni problem kat diri ai jela maknanya. Macam macam kena check ecg berulang kali ambik.Darah banyak kali semualah sampaikan badan dah lemah... 1% tenaga. 

Dah check ape semua ai kena transfer balik ke kecemasan untuk proses kena tahan wad. Whattttttttt Allahu lagi kurang tenaga ai dengar kena tahan wad huhuhu :') dahlah masetu ai takde waris. Kawan kawan ai dah balik. Penat tunggu dari pagi. Ai sorang uolls soranggggg huwaaaaaa nangis. Tak nangis kat luar tapi nangis dalam hati. Dahla time kecemasan tu katil penuh and ai tak dapat baring atas katil dengan keadaan tangan ai berwayar ni lepastu ai lagi rasa nak pitam ape semua ai gagahkan diri... sebab apa sebab nak tunggu katil dan pengesahan pendaftaran dari wad. Alah macam kita nak check in hotel lah kan kan tapi ai check in wad hahaha. Nak dekat pukul 1 am barulah ness panggil nak pakaikan tali tanda kena tahan wad dan ai pun kena transfer masuk wad. Penat. Seribu kali kata penat memang amat penat. Tenaga dah habis. Ai tido seorang diri sebab takde sesiapa nak teman lagi masetu. Disebabkan penat sangat kan ai mengingau depan doktor time ai kena ambik darah lagi pukul 3 am tu hahahaha masyaaAllah malu! 

Keesokkanya family ai dari Melaka datang. Alhamdulillah happy. Before tu kesayangan hamba datang dulu. Diaorang melawat ai. hehehehe datang datang bawak makanan. Makan sama sama. Diaorang happykan saya then dorang pun balik sebab waktu melawat dah habis hahaha (dorang taknak kena hambat dengan aunty guard guna penyapu lahtu, tu kalut nak balik tinggalkan daku) hahahaha tapi alhamdulillah setiap kesedihan Allah gantikan kegembiraan ai nampak ada seorang wanita masuk ke dalam wad duk tanya kat kaunter. Macam kenal. Rupanya yeayyy ummi! Ummi dah sampai alhamdulillah happy balik.Ummi pun bincang dengan doktor yang handle ai tu and nak bagitahu yang ai kena tambah darah. Ummi kata "kalau itu yang terbaik, saya izinkan je doktor." Maka berlakulah proses ai nak kena tambah darah! Ya Allah ai tak pernah hadap situasi ni derma darah pun ai tak pernah apetah lagi ai nak kena terima darah. Tapi setiap perjalanan sudah ditentukan oleh Allah, ai redha. 

Mulanya doktor kata darah sampai haritu jugak mungkin petang atau malam. Proses untuk dah nak masuk dalam badan pun memakan masa selama 3 jam. Doktor cakap haritu jugak kan sekali ai tunggu tak sampai sampai alahai hospital kerajaan memang begitu so redha kan jelah. Petang tu my bae datang, melawat ai. Bawakkan makanan favourite ai. Yeayyy tapi tulah adik-adik yang habiskan hahah sabau je banyak. My bae datang melawat ai. Borakk dengan ummi abah sampailah waktu melawat untuk kali kedua pun habis. Mereka beredar dan seperti biasa ku menangis lagi di dalam hati hehehehehe. Malam tu kaklong jaga. Ummi abah dan adik-adik tidur di rumah Pakcik Zali (kawan abah) dekat Sepang. Ai baru dapat tahu yang darah masih tak sampai dan akan jalani proses tambah darah keesokannya pulak. Allahu. 

Esok pun menjelma.. Doktor pun bagitahu yang darah ai akan sampai tidak lama lagi. Perasaan makin debar-debar sebab takut. Tak pernah alami kan situasi camtu. Nak dekat pukul 11 darah pun sampai. Bermula lah proses nak tambah darah. Uolls ai nak kongsi ni, sakit uolls sakitttttttt (ni untuk orang yang festime tambah darah memang akan sakit) kalau masuk air pun kita dah rasa macam denyut denyut apetah lagi ni masuk darah uolls ai menangis uolls hahaha menangis macam budak kecik gitu. Tak malu kan? eh tapi tapi tak fikir malu dah masetu fikir sakit je. Menangis kat along, nangis kat ummi, nangis kat kawan-kawan and nangis kat bae hihihik. So alhamdulillah segala urusan penambahan darah ai pun dah selesai. Ai kena rehat dulu for a few hours then if doktor dah tengok ai stabil ai boleh pulang. Yeayy alhamdulillah! Untuk makluman uolls, darah tu di ambil dari Tabung Darah Negara dan bila berlaku kes macamni ai baru tahu jenis darah ai apa yang seumur hidup ai tak pernah tahu jenis darah ai hahhaha. Jenis darah ai O+ so payah nak carik sebab jenis darah ai ni nak kena orang yang O+ jugak yang ai boleh terima. Terima kasih kepada si penderma kerana dah menyelamatkan nyawa saya. 

So hari yang sama ai pun boleh pulang ke rumah. Ummi abah bawak ai balik Melaka sebab ai dapat cuti panjang. Before berangkat pulang ke Melaka ai singgah Kuis sebab nak jumpa kawan-kawan yang dah banyak berjasa untuk ai.. korbankan masa, duit dan tenaga untuk ai. Ai bersyukur sangat sebab Allah kurniakan insan-insan teristimewa dalam hidup ai. Ai jumpa bae ai. Bae ai pun banyak tolong ai. Faham keadaan ai. Allahu, segala pertolongan anda semua ai mintak Allah je mampu balas. Terima kasih untuk segalanyaaa wahai kesayangan Nasriatul Husna! Alhamdulillah..


Nota kaki : Next entry, ai akan cerita amalan pemakanan dan proses selepas ai dah tambah darah pulak ye? Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca segala perkongsian ai. Assalamualaikum dan jumpa lagi byeee~

Saturday, December 16, 2017

Una come backkkkkkkk !

Hai gais, Assalamualaikum w.b.t :) so harap semua pembaca-pembaca dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. Okayyyy sebenarnya ni post pertama ai lah kan setelah lama ai tak kembali aktif semula dalam berblogging. Allahu, last stop berblog time umur 14 tahun maybe so now ai dah 19 tahun alreadyyy yeayyy dah besar ! hehehe. Lama kan ai tinggalkan zaman blog ai? Blog yang lama-lama tu pun dah banyak dah ai delete. Teringat pulak dulu gigih gila edit blog guna blogskins sebab nak nampak lawa, edit sini lah edit sana Allahu haha (gelak sensorang) teringat balik zaman kejatuhan dulu :D lelagi haritu boleh terdetik nak search nama sendiri dekat google sekali terjumpa satu blog yang tu paling lama lah kiranya time ai 13 tahun, bila baca balik hahahaha kelakar penuh ayat alien. Terasa malu dengan diri sendiri masetu ><

Okay now, tetiba rasa nak create blog balik ni sebenarnya minat tu je... Kalau dah minat, delete ke ape ke jatuh bangun balik pun tetap jugak minat nak cot cet cot cet kat blog. Tabiat suka nak mencoret sendiri tu still ada sampai sekarang tu sebab lah terlintas nak create blog balik. Disebabkan masa je sebenarnya yang jadi terhalang, so alhamdulillah dengan menculik sedikit masa yang berharga ni kan, ai pun cipta lah blog baru ai ni. 

Wahhh, banyak nak cerita ni tau sebenarnya sebab lama sangat menghilang. Almost 5 years right. So taktahu nak mula cerita apa dulu ni huhuhuh. Ohye, cerita tentang ai tengah study lah sekarang ni kan... menuju ke menara gading.

Sekarang ni ai belajar kat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kenal kan kan? kikiki alaa biasa biasa je tempat belajar kita janji niat nak belajar tu betul. Ops. So sekarang ni tengah struggle nak habiskan diploma dalam kos Komunikasi senang cerita ai ambik kos Diploma Komunikasi. Ye ye ai tahu, soalan pertama dari mulut orang mesti akan cakap "wahh nak jadi wartawan lah ni kan." "wahhh buat berita lah kan." apa apa lah em haah kos ai memang dipenuhi belajar macamtu. Tapi ai tak minat mana pun kalau dah habis belajar nanti nak jadi wartawan, setakat ada rezeki dapat kerja dalam office jadi editor ke ape ke tu pun dah okay. InsyaaAllah doakan saya ya. Sekarang ni dah masuk sem 4 so lagi satu sem nak habis belajar and lagi satu sem ai dah nak praktikal, ya Allah tak sangka pejam celik pejam celik kan ai dah nak sampai ke penghujung untuk nak rangkul segulung sijil diploma. Alhamdulillah terima kasih Ya Rabb.. 

So dah tahu kenapa ai dah lama menghilangkan diri wahai teman-teman seblog saya? huhuhu sebab saya busy belajar sekarang ni hahahaha tengah berjihad di jalan Allah untuk nak cari ilmu. Doakan saya semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan saya dan juga anda-anda semua. Doakan saya sihat jugak ye? Sebab sekarang ni saya didatangi ujian sakit dari Allah Taala :) Okay yang tu kemudian ye saya cerita? Selamat menjalani cuti dengan baik semuaaa! bye dan Assalamualaikum.